Thursday, February 10, 2011

Hijab...















Menurut satu riwayat dari Ata' bin Abu Rabah,katanya:Ibnu Abbas r.a berkata kepadaku:

''Mahukah aku tunjukkan seorang wanita penghuni syurga?''

Aku menjawab:''Mahu.''

Ia berkata:''Seorang wanita kulit hitam pernah menemui Rasulullah SAW,kemudian ia berkata:''Aku menderita ayan dan (auratku terbuka). Mohonlah kepada Allah untukku.''

Rasulullah SAW berkata:''Jika anda mahu,bersabarlah dan bagimu syurga.Jika anda mahu,aku doakan mudah2an Allah menyembuhkan anda.''

Wanita itu berkata:''Aku akan bersabar.''

Dia berkata lagi:''Sesungguhnya (aurat) saya terbuka,maka doakanlah supaya aku tidak membuka (aurat).''

Rasulullah SAW pun memenuhi permintaannya.''

Syurgalah yang menjadi imbuhan bagi wanita mukminah yang bertakwa ini,kerana dia rela menerima cubaan yang menimpa dalam hidupnya di dunia yang fana ini.Iman dan ketakwaan dibalas dengan syurga,sesuatu yang menguntungkan.

Bagaimanapun,wanita ini memandang dirinya rendah hanya kerana auratnya terbuka dan manusia melihat apa yang tidak patut bagi wanita muslimah yang bertakwa.

Bagaimana pula dengan wanita yang memakai pakaian yang mendedahkan aurat dan tubuh mereka lalu berlumba membuang rasa malu dan maruah mereka?


sumber : http://www.facebook.com/album.php?aid=33338&id=100000609307680#!/photo.php?fbid=166393110057665&set=a.161168453913464.33338.100000609307680

No comments: