Monday, February 28, 2011

KedahLanie.info: Kerajaan Kedah Tanggung Tambang Balik Anak Kedah K...

KedahLanie.info: Kerajaan Kedah Tanggung Tambang Balik Anak Kedah K...: "Kedah akan menanggung perbelanjaan menghantar pulang pelajarnya ke Mesir di samping membekalkan wang saku RM500 seorang kepada mereka. ..."

Monday, February 21, 2011

KedahLanie.info: Mesej Pemuda Pas : Mereka Sedia Bergerak!

KedahLanie.info: Mesej Pemuda Pas : Mereka Sedia Bergerak!: "Oleh Mohd Sayuti OmarKOTA Sarang Semut Batu 9 di Kedah telah bertukar menjadi lautan manusia apabila himpunan 30,000 pemuda Pas berjaya me..."

KedahLanie.info: Gambar : Suasana di Himpunan 30K Pemuda

KedahLanie.info: Gambar : Suasana di Himpunan 30K Pemuda: "dari koleksi Pemuda Padang Terap Ceramah Pertama Bob Lokman dihadapan ribuan pemuda.."

KedahLanie.info: Al-Quran Sebagai Pembela Di Hari Akhirat

KedahLanie.info: Al-Quran Sebagai Pembela Di Hari Akhirat: "Abu Umamah r.a berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberi..."

KedahLanie.info: Mati Itu Pasti..!!

KedahLanie.info: Mati Itu Pasti..!!: "Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Albaraa' bin Aazib r.a. berkata: 'Kami bersama Nabi Muhammad s.a.w keluar menghantar jenazah se..."

KedahLanie.info: Menghurai persoalan Rukuk & Sujud..

KedahLanie.info: Menghurai persoalan Rukuk & Sujud..: "Kenapakah ketika hendak rukuk, sujud dan lain-lain kita menyebut Allahuakbar tetapi ketika bangun dari rukuk kita menyebut Samiallahulima..."

KedahLanie.info: Senarai pengerusi jawatankuasa pilihan raya Umno K...

KedahLanie.info: Senarai pengerusi jawatankuasa pilihan raya Umno K...: "Badan Perhubungan Umno Kedah membuat rombakan kecil terhadap struktur pentadbirannya yang menyaksikan dua timbalan ketua bahagian dilantik m..."

Sunday, February 20, 2011

KedahLanie.info: Bob Lokman isytihar Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pe...

KedahLanie.info: Bob Lokman isytihar Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pe...: "Bob Lokman mengisytiharkan diri sebagai Ahli PAS di hadapan 30 ribu Pemuda PAS di Kota Sarang Semut, Kedah sebentar tadi. Beliau telah men..."

KedahLanie.info: Gambar : Suasana di Himpunan 30K Pemuda

KedahLanie.info: Gambar : Suasana di Himpunan 30K Pemuda: "dari koleksi Pemuda Padang Terap Ceramah Pertama Bob Lokman dihadapan ribuan pemuda.."

Sunday, February 13, 2011

RASULULLAH SEBAGAI CONTOH TELADAN



DEMI sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab: 21)
Saban tahun di seluruh dunia, sambutan Maulidur Rasul memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w diadakan termasuk di negara kita. Dendangan selawat dan puji-pujian ke atas Baginda menghiasi halwa telinga dan cerita-cerita yang dipaparkan di media banyak mendatangkan keinsafan terhadap peranan kita sebagai umat Baginda.
Namun bagi umat Islam, keutamaan kita lebih dari sekadar untuk berarak dan berkumpul bagi merayakannya. Adalah amat penting untuk umat Islam terutamanya remaja menghayati keunggulan keperibadian Rasulullah dan menghayati sejarah perjuangan Baginda. Bagi remaja Islam, kekuatan keperibadian Baginda dapat dijadikan teladan yang baik (Qudwah Hasanah) untuk dicontohi.
Remaja dan contoh keperibadian Rasulullah
Remaja sentiasa mencari-cari seseorang untuk dijadikan contoh. Dalam hal ini, nyata remaja hari ini lebih mengagumi tokoh-tokoh popular, yang menonjol barangkali kerana rupa paras, ilmu atau kelebihan yang dimiliki dan remaja lebih suka menjadikan mereka idola atau pujaan hati mereka.
Dalam Islam, menjadikan seseorang sebagai contoh tidak boleh sehingga terlalu memuja orang tersebut. Contoh yang terbaik untuk diikuti ialah Rasulullah. Baginda selama 13 tahun berusaha berdakwah kepada umat Islam di Mekah untuk meninggalkan berhala yang menjadi idola dan sembahan mereka dan mengajak mentauhidkan Allah yang Esa.
Watak Rasulullah dibentuk oleh Allah melalui al-Quran. Sifat-sifat Nabi terserlah daripada peribadinya yang mulia, kebijaksanaan Baginda dalam memimpin negara, berlemah-lembut dan berhikmah dalam berdakwah serta berwasatiah (bersederhana) dalam soal kehidupan harian. Malah Rasulullah sentiasa mempamerkan budi pekerti yang baik dan terpuji kepada umatnya.
Sejarah hidup Rasulullah melalui pelbagai jalan getir dan hidup yatim piatu sejak kecil lagi apabila bapanya meninggal dunia ketika Nabi di dalam kandungan ibunya. Tidak dapat merasai kasih sayang seorang bapa, ibunda yang dikasihi pula meninggal dunia ketika usia Nabi masih muda. Keperitan Baginda membesar tanpa ayah dan ibu menjadikan Baginda seorang yang berdikari, matang di bawah jagaan datuk dan bapa saudaranya, selain perlindungan daripada Allah s.w.t.
Allah telah memberi tarbiyah kepada Baginda menjadi seorang yang jujur, amanah dengan menghadiahkan Nabi pengalaman hidup yang mendidik Baginda seorang yang terpuji. Terpuji kerana sifatnya yang tidak pernah menyembah berhala, sentiasa melihat dan merenung terhadap persekitaran dan kekayaan alam sekelilingnya. Atas sifat terbilangnya dan kepimpinan diri, Rasulullah diberi penghormatan menyelesaikan pertikaian dan perbalahan kerana perebutan kuasa dalam kalangan ketua kabilah untuk menempatkan Hajarul Aswad.
Baginda juga terkenal sebagai penggembala kambing dan peniaga yang memiliki sifat amanah, cekap, jujur, sabar dan ikhlas sehingga membawa keuntungan yang berganda untuk rombongan perniagaan Khadijah.Banyak teladan dan contoh ikutan ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad buat pedoman remaja dan belia. Sesungguhnya kehidupan seorang pemuda dan pemudi Islam tidak dapat lari daripada menjadikan Rasulullah sebagai model ikutan sepanjang zaman.
Justeru, remaja harus dididik agar memahami dengan sepenuh hati kaitan penghayatan sirah dengan kelangsungan hidup mereka terutamanya sebagai remaja serta kepentingan mereka menghargai sirah demi menjayakan misi hidup. Dengan keyakinan yang jelas terhadap kepentingan penghayatan sirah ini, ia mampu menumbuhkan kecintaan dan usaha dari dalam diri mereka sendiri untuk terus mencari dan menghayati sirah agung sepanjang hayat mereka.
Cara dan gaya mendidik remaja menghayati sirah harus bersesuaian dengan jiwa remaja iaitu ke arah mematangkan remaja dan melatih mereka berfikir sebagai manusia yang bertanggungjawab memikul amanah yang telah Rasulullah tinggalkan kepada setiap umat Islam.
Minda yang kreatif amat diperlukan demi menghasilkan produk-produk yang dapat membantu remaja mencerna dan menghayati sirah Rasulullah supaya produk yang dihasilkan menepati syarak, dijual dengan harga yang berpatutan dan berkualiti. Malah, usaha penerbitan filem animasi seperti Muhammad Utusan Terakhir serta filem Saladin yang menampilkan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin agung Islam perlu terus didokong dan disokong supaya sirah nabi dapat disebar dengan lebih berkesan dan meluas.
Selain itu, Rasulullah harus ditonjolkan sebagai tokoh di zaman remaja Baginda. Ketokohan Baginda sebagai tokoh perniagaan sejak remaja lagi menyerlahkan Baginda sebagai ahli perniagaan remaja yang pintar membina strategi perniagaan berlandaskan nilai murni dan kejujuran.
Beliau ialah tokoh remaja yang kata-katanya dipercayai setiap lapisan masyarakat, tidak kira tua atau muda. Di sini, Rasulullah telah menetapkan asas kukuh bagi peribadi anak muda yang ingin bergerak aktif dan berjaya dalam bidang perniagaan iaitu bersifat amanah dan bertanggungjawab selain daripada mengetahui kemahiran dan strategi dalam perniagaan, walaupun masih baru dalam bidang tersebut.
Selain diri Rasulullah sendiri, sirah Baginda juga menampilkan ramai tokoh remaja lain yang gemilang hasil didikan Rasulullah seperti Ali bin Abi Talib, Usamah bin Zaid ,Tariq bin Ziyad, Abdullah bin Abu Bakr, Abdullah bin Zubair, Fatimah binti Muhammad, Aisyah binti Abu Bakr, Asma binti Abu Bakar, dan ramai lagi tokoh remaja yang menonjol kewibawaannya dalam masyarakat. Rasulullah telah berjaya mendidik mereka mewarisi peribadi unggul dan keberanian dalam menegakkan agama Islam.
Sebagai remaja Islam, perjalanan sirah akan lebih dihargai jika pengajarannya dihayati. Remaja akan berasa lebih karib dengan sirah apabila mereka ditunjukkan dengan pesanan-pesanan penting yang tersirat di sebalik fakta-fakta sirah. Di sini perlu wujudnya kesan kepada jiwa dan bukan semata-mata hafalan tarikh atau nama.
Remaja yang dapat menjadikan sirah sebagai penyegar jiwanya mampu membentuk jiwa dan rohnya supaya lebih tenang, bersemangat dan kental menghadapi cabaran mendatang.
Kesimpulan
Menampilkan contoh teladan yang baik adalah amat perlu untuk diri remaja. Contoh yang ditampilkan adalah mereka yang berakhlak mulia, mempunyai keterampilan dan berwawasan jauh, berilmu dan bijaksana serta mampu mengajak orang lain menjadi sepertinya.
Oleh itu, Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik bagi seluruh umat manusia. Hari ini ramai tokoh yang lahir tampil mengagumkan kita, namun personaliti Rasulullah dan kebijaksanaan Baginda telah membawa perubahan kepada dunia seluruhnya sejak lebih 1,400 tahun lalu.
Baginda telah menampilkan transformasi yang besar kepada aspek sosial masyarakat, aspek pemerintahan dan aspek keteladanan yang boleh dicontohi pengikut.
Sesungguhnya, kelahiran Nabi Muhammad s.a.w membawa rahmat seluruh alam.

Oleh NURUL IZZAH SIDEK (fikrahremaja@yahoo.com)

KedahLanie.info: Kebangkitan Anak Muda 30K di Kedah

KedahLanie.info: Kebangkitan Anak Muda 30K di Kedah: "Kebangkitan Anak Muda : 30K di Kedah Darul Aman 19 Feb 2011 [ Sabtu ] 1. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi masa untuk Pemuda PAS dari..."

Thursday, February 10, 2011

KedahLanie.info: Majlis Fatwa kata HARAM sambut Valentine's Day.......

KedahLanie.info: Majlis Fatwa kata HARAM sambut Valentine's Day.......: "Nasrudin: Saya tak jahil autoriti kerajaan negeriKUALA LUMPUR, 10 Feb: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menafikan laporan AFP ..."

KedahLanie.info: Hormati larangan umat Islam rai hari valentine

KedahLanie.info: Hormati larangan umat Islam rai hari valentine: "KUALA LUMPUR, 10 Feb: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali mengharapkan rakan-rakan di kalangan bukan Islam agar menghormati ..."

Hijab...















Menurut satu riwayat dari Ata' bin Abu Rabah,katanya:Ibnu Abbas r.a berkata kepadaku:

''Mahukah aku tunjukkan seorang wanita penghuni syurga?''

Aku menjawab:''Mahu.''

Ia berkata:''Seorang wanita kulit hitam pernah menemui Rasulullah SAW,kemudian ia berkata:''Aku menderita ayan dan (auratku terbuka). Mohonlah kepada Allah untukku.''

Rasulullah SAW berkata:''Jika anda mahu,bersabarlah dan bagimu syurga.Jika anda mahu,aku doakan mudah2an Allah menyembuhkan anda.''

Wanita itu berkata:''Aku akan bersabar.''

Dia berkata lagi:''Sesungguhnya (aurat) saya terbuka,maka doakanlah supaya aku tidak membuka (aurat).''

Rasulullah SAW pun memenuhi permintaannya.''

Syurgalah yang menjadi imbuhan bagi wanita mukminah yang bertakwa ini,kerana dia rela menerima cubaan yang menimpa dalam hidupnya di dunia yang fana ini.Iman dan ketakwaan dibalas dengan syurga,sesuatu yang menguntungkan.

Bagaimanapun,wanita ini memandang dirinya rendah hanya kerana auratnya terbuka dan manusia melihat apa yang tidak patut bagi wanita muslimah yang bertakwa.

Bagaimana pula dengan wanita yang memakai pakaian yang mendedahkan aurat dan tubuh mereka lalu berlumba membuang rasa malu dan maruah mereka?


sumber : http://www.facebook.com/album.php?aid=33338&id=100000609307680#!/photo.php?fbid=166393110057665&set=a.161168453913464.33338.100000609307680

Surah al-Kauthar















Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.Perkara yg baik kita amalkan slalu.

Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

Wassalam



http://u-jam.blogspot.com/2010/10/mengapa-kita-bersedih.html

Solat Dhuha


















" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada kami segala apa yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."

Solat Dhuha ni dilakukan sebanyak 2 rakaat, ketika matahari sedang naik (dalam jam 8 am) sampai tengah hari (dalam 11.30 tengah hari) - waktu Malaysia.


================
Dalil-dalil solat Dhuha
================

"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

" Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata :
"Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"
( Riwayat At-Thabarani )


=======
Cara-cara
=======


(1) Niat,

"Sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah ta'ala"

(2) Rakaat 1st - Baca Al-Fatihah dan surah As-Syams (disunatkan)

(3) Rakaat 2nd - Baca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha (disunatkan)

(4) Masa sujud terakhir, disunatkan baca 3x doa ni -

"Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yang Maha Memberi akan ilmu dan hikmah dan murahkanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku"

(5) Doa;

" Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada kami segala apa yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."


sumber : http://www.facebook.com/note.php?note_id=163996256961381